Infaq Lillah

Program Infaq Lillah ialah satu kempen yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia (PI3KUM) bagi menggalakkan orang ramai melakukan amal kebajikan dengan menginfaqkan sebahagian kecil harta mereka kepada Pertubuhan PI3KUM kerana Allah SWT.

Program Infaq Lillah, yang bermaksud program menyumbang kerana Allah, berfungsi sebagai satu program menjana dana bagi keperluan kewangan Pertubuhan PI3KUM dalam mentadbir, menguruskan dan melaksanakan program-program fisabilillah atau pada jalan Allah di sepanjang tahun.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 261, mafhumnya:
Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) KurniaanNya, lagi Meliputi Ilmu PengetahuanNya (akan segala sesuatu).

Program-program dalaman dan luaran Pertubuhan PI3KUM, yang telah dijalankan semenjak tahun 2013, baik berbentuk pengajaran dan pembelajaran, kursus dan latihan serta ceramah dan motivasi di atas talian, antara lain adalah:

1. Program Kelas Jagaan Harian;
2. Program Skil dan Kemahiran Hidup Asas (SKEHA);
3. Program Intervensi Awal (PRIA);
4. Program Intervensi Menengah (PRIME);
5. Program Intervensi Lanjutan (PRILA);
6. Program Satu Dengan Satu (121);
7. Program Kemahiran Agama dan Fardhu Ain Asas (KAFAA);
8. Program Amalan, Latihan dan Hafazan Ayat-Ayat Al-Quran (ALHAQ);
9. Program Bil Hijaiyyah Al-Quran (Bil HAQ) Kurang Upaya dalam Komuniti;
10. Program Tauliah dan Tafaqquh FidDin (TTFD) Staf dan Pegawai;
11. Progam Ta’awun Fi SabiLillah Khas (TFSLK) Penuntut dan Pusat Ilmu Islam;
12. Progam Ta’awun Fi SabiLillah Am (TFSLA) Badan OKU dan Pendidikan Am;
13. Program Rawatan dan Perubatan Islam (As-Syifa Al-Murtadza);
14. Program Wakaf Komputer & Penyelenggaraannya; dan
15. Program Pembangunan Aplikasi Android (Kitab Ayat-Ayat Amalan Harian).

Program-program di atas dirangka sebagai praktis dan amalan harian yang bertujuan menyemai, mendidik, menyebar dan menyampaikan skil, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang pelbagai buat kanak-kanak kelainanan upaya, ahli keluarga mereka, guru-guru dan orang-orang awam serta pertubuhan-pertubuhan berkaitan, selain bantu-membantu dan bekerjasama daripada semasa ke semasa.

Antara program Infaq Lillah bagi menggalakkan sumbangan kerana Allah yang telah diadakan untuk tujuan di atas ialah:

  • Program Infaq Lillah – Sepanjang Masa (sentiasa terbuka);
  • Program Infaq Lillah – Tasbih Digital (ditutup);
  • Program Infaq Lillah – Pemacu Kilat USB (ditutup); dan
  • Program Infaq Lillah – OneXOX (ditutup).

Adalah diharapkan supaya orang ramai lebih bersedia menyumbang dengan lebih ikhlas melalui Program Infaq Lillah – Sepanjang Masa yang sentiasa terbuka di sepanjang masa, walaupun terdapat beberapa program melalui skim membeli atau melanggan sambil menderma yang sudah dihentikan seperti yang dinyatakan di atas.

Sama-samalah kita menambahkan pahala melalui Program Infaq Lillah ini, sama ada dengan menyebarkan laman program ini, menderma, menghadiahkan, ingat mengingati sesama kenalan, dan galakan menderma itu sendiri.

Pihak kami mengucapkan alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dan terima kasih daripada Pertubuhan PI3KUM serta kanak-kanak kelainan upaya Malaysia, ahli keluarga mereka, guru-guru dan semua afliasi kami di atas sumbangan daripada semua pihak yang membolehkan kami terus berkelangsungan sehingga ke hari ini.

Pihak kami juga bersyukur kerana di kala mempunyai lebihan dana, ia dapat pula disalurkan kepada pertubuhan, keluarga, orang atau kanak-kanak kurang / kelainan upaya, sama ada kekal atau sementara, di mana juga mereka berada.

Semoga Allah SWT memberikan pahala amal jariyah dan ganjaran yang besar buat semua yang menyumbang program-program kami yang sekecil ini dan membantu menyebarkannya.

Jazakumullohu khoiron kathiro!