Home

Selamat datang ke Pertubuhan PI3KUM!
Laman web rasmi bagi Pertubuhan
Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia

Apa itu Pertubuhan PI3KUM?

Pertubuhan PI3KUM adalah singkatan bagi Pertubuhan Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia yang bergerak secara pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-029-10-09122013 – (klik untuk lihat sijil pertubuhan).

Pertubuhan PI3KUM mengendalikan sebuah Pusat Jagaan dan Pendidikan Islam Kanak-Kanak Kelainan Upaya Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia dengan nombor pendaftaran B/PJH-OKU-009/2016 – (klik untuk lihat sijil JKM).

Pertubuhan PI3KUM mempunyai objektif dan misi, yang antara lainnya untuk:

  1. Menjaga kebajikan kanak-kanak kelainan upaya dalam pendidikan Islam di Malaysia.
  2. Membantu ibubapa dan keluarga kanak-kanak kelainan upaya dalam mendapatkan pendidikan Islam.
  3. Menggunakan pendekatan dan kaedah pendidikan, rawatan dan amalan Islam.
  4. Mengutamakan penguasaan, hafazan dan amalan fardhu β€˜ain dan Al-Quran.
  5. Meyakinkan masyarakat bahawa kanak-kanak kelainan upaya mempunyai potensi setanding dengan kanak-kanak normal yang lain.
  6. Melahirkan bakal pelapis agamawan Islam berkelainan upaya sehebat Ibnu Ummi Maktum RA.

Pertubuhan PI3KUM telah merangka dan melaksanakan beberapa program bagi mencapai objektifnya yang tersebut di atas seperti yang tertera dan dinyatakan di laman program PI3KUM.

Antara lain, merangka silibus-silibus dan modul-modul dan menjalankan operasi harian bagi Kelas-kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), sesi pagi dan petang, bagi kanak-kanak kelainan upaya autism, down syndrom dsb, semenjak 2013.

Seterusnya, mengadakan program Kelas Alhaq (singkatan bagi kelas amali, latihan dan hafazan ayat-ayat Al-Quran) yang diaadakan pada setiap malam (atas permintaan berkumpulan sahaja), buat ibu, bapa, penjaga, keluarga kanak-kanak kelainan upaya dan orang ramai yang berminat.

Pertubuhan PI3KUM juga sedang aktif mempromosikan dan melaksanakan program galakan menderma pada setiap masa yang dinamakan program Infaq Lillah bagi meraih dan mengumpulkan dana operasi pendidikan dan pengurusannya sepanjang tahun.

Pertubuhan PI3KUM sangat berbesar hati dan amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai sepanjang tahun yang boleh dibuat terus ke akaunnya di Bank Rakyat – 1105 5100 1391. Resit penerimaan, sijil dan hadiah akan dikeluarkan bagi penderma yang membekalkan maklumat yang diperlukan.

Sila gunakan maklumat di laman hubungi Pertubuhan PI3KUM bagi menghubungi para pegawai pertubuhan kami secara terus.

Jazakumullohu khoiron kathiro.